Nama saya Nur Sharawati bt Sukidi. Nama bapa saya ialah Sukidi b Jasman. Bapa saya bekerja sebagai buruh. Nama ibu saya pula ialah Noraini bt Yusof. Ibu saya seorang suri rumah. Saya mempunyai dua orang adik beradik. Saya anak yang pertama.
Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Chamek. Saya belajar di Tahun 5 Mutiara. Saya mempunyai tiga orang rakan karib antaranya, Intan,Nasuha dan Najuha. Mata pelajaran yang paling saya gemari adalah Bahasa Melayu. Guru yang paling saya sukai ialah Cikgu Norhasdira. Dia mengajar Bahasa Melayu. Aktiviti kokurikulum yang paling saya gemari pula ialah bola jaring.
Saya mempunyai cita-cita. Cita-cita saya ialah hendak menjadi seorang guru. Saya hendak menjadi guru kerana saya suka mengajar. Hobi pada masa lapang saya ialah membaca. Saya uka membaca kerana saya boleh mengumpulkan perbendaharaan kata lebih banyak lagi.
